Sticker Custom untuk Event & Majlis – Kecil Tapi Beri Impak Besar

Bila buat majlis, sama ada besar-besaran atau yang simple je, ramai akan fokus pada dekorasi, makanan, doorgift… tapi satu benda yang selalu orang terlepas pandang sticker custom!

Padahal, sticker ni lah antara elemen kecil yang boleh jadikan majlis kau nampak lebih kemas, personal dan memorable. Di GrafikPrint.my, kami dah bantu ramai pelanggan hasilkan sticker untuk macam-macam jenis majlis. Jom tengok idea & kegunaan dia:


1. Sticker Kahwin – Untuk Kotak Doorgift & Paper Bag

Letak sticker nama pengantin + tarikh majlis atas kotak doorgift atau paper bag memang buat doorgift tu nampak personalised dan lebih eksklusif. Tambah design bunga, tema rustic, minimalis, gold foil ikut citarasa kau!


2. Sticker Birthday Party – Nama & Tema Kartun

Nak majlis anak nampak comel dan tersusun? Sticker dengan nama anak, umur, dan karakter kartun kegemaran (contohnya Bluey, Frozen, Spiderman) boleh lekat kat cup, botol air, goodie bag, dan kotak kek. Simple, tapi meriah!


3. Sticker Event Sekolah / Komuniti – Branding & Kenangan

Majlis Hari Anugerah? Karnival sekolah? Sticker boleh guna untuk label hadiah, tag peserta, atau lekat pada fail, folder, dan gift bag. Kalau buat aktiviti komuniti, boleh juga cetak sticker logo untuk edaran.


4. Sticker Majlis Korporat – Profesional & Kemas

Sticker untuk majlis pelancaran, seminar atau team building? Tak jadi masalah. Cetak sticker logo syarikat + tema event untuk lekat pada fail, lanyard, hadiah, atau goodie bag. Nampak lebih organized dan branding pun jalan terus.


5. Sticker Makanan & Minuman Semasa Majlis

Kalau ada booth makanan atau air semasa event, sticker label untuk botol air, cup, atau bungkusan makanan sangat membantu supaya nampak bersih dan brandable. Sesuai untuk majlis korporat, wedding, food tasting, dll.


Sticker bukan sekadar hiasan ia adalah medium branding, personal touch, dan kenangan. Majlis yang ada sticker tersendiri nampak lebih tersusun dan ‘effort’. Kalau kau tengah plan majlis dan nak cari sticker custom murah & berkualiti, boleh tempah dengan kami di GrafikPrint.my.

💌 Klik di sini untuk buat tempahan, atau WhatsApp kami untuk tanya lebih lanjut. Kami sedia bantu dari design sampai cetak!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *