QR Code Sticker – Cara Paling Mudah Nak Bawa Pelanggan Terus ke Link Anda
Dalam dunia bisnes sekarang, pelanggan suka benda yang cepat dan mudah. Lagi-lagi bila nak cari info produk, bagi feedback, atau buat bayaran.
Di sinilah QR Code Sticker memainkan peranan penting. Dengan sekali imbas, pelanggan boleh terus ke link yang anda nak tanpa perlu taip apa-apa pun!
1. Guna Untuk Arahkan Pelanggan ke Shopee / Website
Letak QR Code atas packaging, kad ucapan, atau produk terus link ke Shopee atau laman web. Bila pelanggan dapat barang, mereka boleh scan dan beli lagi dengan mudah. Sangat sesuai untuk bisnes online yang nak repeat customer.
2. QR untuk Review – Mudahkan Dapat Feedback
QR Code boleh link ke Google Reviews, Shopee Reviews, atau borang Google Form. Letak atas sticker “Thank You” pelanggan boleh scan dan terus bagi review. Mudah + mesra pelanggan = lebih banyak rating bintang 5!
3. QR untuk Menu Digital / Info Produk
Kalau kau jual makanan, supplement, produk kecantikan, dan sebagainya boleh guna QR untuk link ke menu, cara guna, atau info bahan-bahan. Tak payah letak panjang-panjang atas packaging. Scan je, terus keluar semua info!
4. QR untuk Bayaran (Payment Sticker)
Peniaga kecil atau booth jualan? Cetak QR untuk Touch ‘n Go, DuitNow, Maybank2u, dll atas sticker terus tampal kat meja atau kaunter. Pelanggan boleh bayar terus tanpa tunai. Nampak lebih profesional dan trusted.
5. QR untuk Promosi – Kod Diskaun, Giveaway & Telegram
Nak buat promosi khas? Boleh buat QR khas untuk link ke kod diskaun, Telegram group, atau page giveaway. Sticker ni boleh edarkan dalam parcel atau lekat pada packaging pelanggan rasa excited nak scan sebab ada ganjaran menanti!
QR Code Sticker memang kecil tapi beri fungsi yang besar. Ia bantu mudahkan urusan pelanggan, tingkatkan jualan, dan beri pengalaman yang lebih efisien. Di GrafikPrint.my, kami boleh bantu cetak QR Code Sticker ikut saiz, design, dan jenis sticker yang anda nak.
📲 Nak buat QR Code + cetak sticker terus? Kami boleh bantu dari A-Z! Klik di sini untuk mula tempahan, atau WhatsApp team kami.