Kenapa Sticker Vinyl Lebih Tahan Lama Berbanding Sticker Biasa?
Pernah tak lepas tampal sticker, tak sampai seminggu terus tanggal, luntur, atau koyak? Masalah ni biasa berlaku kalau guna sticker jenis kertas biasa (paper-based sticker). Tapi kalau kau guna sticker vinyl, lain cerita dia.
Di GrafikPrint.my, ramai pelanggan yang repeat order sticker vinyl sebab ketahanan dan kualitinya. Tapi apa sebenarnya yang buat sticker vinyl ni lebih power daripada sticker biasa?
1. Kalis Air & Tahan Cuaca
Sticker vinyl dibuat daripada material plastik fleksibel, jadi memang kalis air. Hujan ke, tumpah air minuman ke design dan warna dia tetap maintain. Sebab tu ramai guna untuk botol air, motor, helmet, dan label produk luar.
2. Tak Mudah Luntur
Berbanding sticker biasa yang cepat pudar, sticker vinyl tahan lama sebab guna dakwat khas (eco-solvent atau UV ink) yang lebih tahan cahaya matahari. Warna pun kekal vivid, tak cepat ‘fade’ walaupun lama digunakan.
3. Sesuai Untuk Permukaan Luar & Lasak
Sticker ni boleh tampal kat permukaan kasar, berlekuk, atau luar rumah contohnya helmet, kereta, cermin luar, signboard kecil, dan packaging kraft. Sticker biasa cepat koyak kalau kena tarik atau basah, tapi vinyl maintain elok.
4. Tahan Lama & Berbaloi
Memang kos vinyl sikit mahal daripada sticker biasa, tapi jangka hayat dia jauh lebih lama. Sekali cetak, boleh tahan bertahun jimat kos jangka panjang. Kalau kau ada produk makanan, minuman, atau servis yang perlu outdoor branding, ni pilihan terbaik.
5. Tampak Lebih Profesional
Sticker vinyl nampak lebih eksklusif dan ‘clean’. Permukaan dia ada dua jenis matte (nampak elegan) dan glossy (nampak berkilat, moden). Pelanggan pun akan lebih yakin dengan produk yang tampal sticker berkualiti.
Kalau kau tengah cari sticker yang tahan lama, waterproof, dan nampak premium sticker vinyl memang pilihan paling win. Dekat GrafikPrint.my, kami guna material vinyl berkualiti tinggi dan cetakan HD supaya setiap sticker yang sampai kat tangan kau puas hati.
📦 Nak tempah sticker vinyl dengan harga mampu milik dan servis tiptop? Klik je di sini atau WhatsApp kami untuk pertanyaan lanjut!